Assalamualaikum :)
Aku sebenarnya buat post ni sebab aku rindukan KMNS haha . Aku akan tulis la pengalaman aku dengan sedikit tips yang boleh digunakan untuk junior junior yang bakal masuk matrikulasi . Siapa dapat kmns angkat tangan ! haha . Aku percaya korang akan hidup dengan aman dan damai kat sana (walaupun peraturan macam sekolah)
Pembelajaran
Untuk matrikulasi spesifiknya untuk aliran sains ada tiga modul .
Modul 1 (Math,Kimia,Biologi,Fizik)
Modul 2 (Math,Kimia,Fizik,Sains Komputer)
Modul 3 (Math,Kimia,Biologi,Sains Komputer)
Bagi aliran perakaunan pula,
Prinsip Perakaunan,Ekonomi,Math,Pengurusan perniagaan
Aku budak Modul 1. Pemilihan Modul ni bedasarkan SPM kau . Kalau Fizik dengan Biologi kau gred B dan ke atas .. selalunya kau akan dapat Modul 1. Tapi jangan risau,waktu orientasi boleh tukar modul lain . Nak tukar ke akaun pun boleh .
Ada junior tanya aku apa kelebihan Modul 1 ea ?
Sebenarnya Modul 1 ni adalah untuk orang yang masih keliru nak ambik jurusan apa waktu kat universiti nanti . Budak Modul 1 ni sebenarnya anda adalah seorang yang mempunyai gred yang bagus waktu SPM . Sebab itu anda dapat modul 1 . Ini disebabkan korang terpaksa ambil subjek Fizik ngan Biologi sekali gus . Tak macam budak modul 2 dan 3. Peluang jurusan kat universiti pun tinggi . Anda masih berpeluang nak jadi engineer ataupun doktor. Tapi bedasarkan pengalaman aku,budak modul 1 ni la yang paling busy. Kalau nak dekat exam, korang la jadual yang terpack sekali. Budak akaun paling senang lenang la. Dua kali rehat setiap hari (nampak tak jeles aku hahaha)
Ok,kat sini jugak,jangan nak berangan la tiada kelas . Jadual kelas kat sini seakan seakan kat sekolah . Cuma tambah 2 jam lagi!! Hahahahaa .Setiap hari akan balik pukul 4 petang . Mula mula memang tak biasa,last last korang akan terbiasa dan boleh adapt dengan jadual tersebut . Jangan risau.
Dan,kalau kau MEMANG tak suka Fizik atau Biologi . Korang tukar la modul 2 atau 3. Tapi,korang jangan ingat sains komputer tu senang ye semuaa..arasmate aku pun mengadu programming susah nak mampus haha ...Tapi kalau kau suka komputer dengan coding. Korang boleh skor punyalah. Aku nasihatkan jangan ikut kawan. Kawan nak tukar modul kau pun sama ikut . Kemampuan orang berbeza beza ok. Kalau kau tak boleh pergi ngan Bio ngan Fizik please change your module. Jangan nasi sudah menjadi bubur baru korang menyesal. Nak tukar dari sains ke akaun boleh...akaun ke sains tak boleh ye:)
Aku budak modul 1. Around 70 % of my classmates got 3.5 and above in PSPM 1 :). Siapa kata masuk modul 1 kau dapat pointer rendah ? It depends on yourself actually. Please focus in study. Tak perlu kisah pada benda lain. Bf ke Gf ke semua tu boleh campak kat laut dulu.
Sekarang aku bagi detail untuk subjek aku belajar ye untuk guidance junior nak masuk nanti :)
Mathematics
Wahai junior junior sekalian,aku mintak la korang POWERKAN basic basic math dan addmath yang kamu semua belajar waktu SPM. Contohnya trigonometry,diffrentiation,integeration dan matrices. Semua itu penting ya ! Jujur aku cakap aku memang lemah mathematics . PSPM 1 aku spoil kat mathematics . Aku dapat B+. Sebanarnya nak dapat A tu senang, cuma bila korang tak power basic mathematics,soalan trick anda sikit dah terpegun kat dewan exam . HAHAHAHA . Tapi aku cuma berharap sesiapa yang lemah mathematics macam aku ni bersabar dan banyak buat latihan . Jawab past year question tu banyak banyak dan BERULANG ULANG kali . Biar anda ingat kaedahnya ok :). Doakan aku agar dapat A dalam kertas ni untuk semester 2 ni . Adoii...Cuak nak mampus hahahhaa.
Biologi
Subjek ni paling best masa aku belajar. Subjek ni ada yang kita dah belajar waktu SPM dan ada yang belum. Tips aku aku boleh bagi ialah, apabila kau belajar biologi, anda bukan kena setakat faham,anda kena HAFAL ayat tu. Jangan kata macam ni , "Aku faham doh cuma aku tak tahu la nak tulis apa". Jap,examiners tu kisah ke kalau kau faham ? Tak kan ? Dia cuma nak jawapan yang betul. Ramai yang sekat dekat subjek ni sebab mereka faham,cuma nak tulis apa mereka tak tahu . Pada pendapat aku,korang hafal la sikit sikit . Bukan la hafal bulat bulat. Cuma KEY POINT tu mesti ada untuk dapat markah . Tapi serius,soalan exam dia untuk semester dua ni SUSAH NAK MAMPUS !!. Redo je la hahaha. Tapi subjek ni la yang paling aku minat dan aku boleh skor :)
Kimia
Kalau kimia ni kita belajar dari basic. Bagi aku,subjek ini mudah dari mathematics. Untuk semester 1 korang akan belajar pasal Physical Chemistry (involve calculation) . Calculation untuk subjek ni simple je. Tak perlu risau . Ada formula . Cuma ada la juga kawan aku yang tersangkut kat subjek ni . Masalah dorang adalah dorang tak faham theori yang dorang belajar . Sebenarnya kalau kita faham basic dan theory,kalau soalan pusing pusing pun korang akan dapat jawab juga . Untuk subjek ni, DIWAJIBKAN untuk buat past year question . Seriously you guys,it is worth it to do it ! Gerenti A , Soalan selalunya berulang ulang . Bentuk soalan yang sama . Inshaallah you guys boleh skor untuk subjek ni ! Untuk semester 2 , korang akan belajar mendalam sikit pasal Organic Chemistry (alkenes ngan anak beranak dia tu ) . Ok je topik ni . Boleh skor punya :)
Fizik
Jujur aku cakap,aku ambil subjek ini sebab aku tak suka komputer lol. Ramai desas desus orang waktu aku nak ambil subjek ni . Fizik susah dohhhh. Aku tahu kenapa orang cakap begitu,sebab dorang ingat Fizik matrikulasi macam Fizik SPM . Sebenarnya,Fizik la antara subjek yang tersenang dan santai untuk belajar . Fizik kat sini boleh dikatakan lain dari Fizik SPM. Banyak pakai formula. Tugas korang adalah HAFAL FORMULA . Kalau korang hafal formula,50% dah ada kat tangan . Cuma 50% je lagi guna otak korang hahaha. Tips aku untuk subjek ni buat NOTES kecik dan tulis semua formula kat atas kertas tu . Bawa sentiasa . Aku jamin korang akan ingat formula tu . Formula memang banyak . Kalau korang nak menangis menangis la waktu tu . Janji korang hafal formula.
___________________________________________________
 |
| Classmates :) |
 |
| My Boys ( 6 orang je , btw laki memang pupus kat matrik haha) |
 |
| Best Friend kat matrik . Syahmi.Penting kau cari bestfriend kat sana untuk share masalah korang :) ) |
Goodluck untuk junior junior yang bakal memasuki alam matrikulasi . Matrikulasi ni agak sibuk la . Fokus study , Jangan ingat benda lain . Ingat mak ayah kat rumah ok ! :) .
Dan,
Sila la jangan ambil kisah bila orang cakap "MATRIKULASI NI NANTI KENA LELONG " . Kau kena lelong sebab pointer kau rendah . KALAU KAU DAPAT 3.7 KE ATAS , MEMANG TAK LELONG LA COURSE KORANG DAPAT NANTI . Buktinya, kawan aku dapat 3.93,dapat je interview medic USM,kawan aku pointer 3.67,dapat je interview medic unisza.Aku,bukan 4flat pun semester 1 , dapat je interview farmasi USM ngan UITM :) . Kesimpulannya,jangan kisah apa orang kata ,niat masuk matrikulasi nak belajar kerana Allah dan cuba dapatkan pointer yang terbaik . Jangan terlalu involve dengan aktiviti di matrikulasi . Masuk sikit sikit ok la . Atleast markah koko tu ada . Sebab apa yang penting sekarang ni pointer korang tu . Sangat penting nak minta course yang korang idamkan nanti dekat IPTA :)
Doakan senior senior anda batch 2015/2016 agar dapat keputusan yang cemerlang dalam PSPM 2 . Result akan keluar 3.6.2016 . Seminggu lagi . Semoga anda akan merindui segala kenangan di matrikulasi , Raihlah dan hayatilahsegala pengalaman di situ kerana satu saat nanti anda akan merinduinya :)
Itu sahaja, Assalamualaikum:)
UPDATE (16/02/2020):
Apa yang diperkatakan di atas adalah pengalaman saya pada tahun 2016. Pada tahun 2020 dan seterusnya, silibus dan subjek di Matrikulasi kemungkinan mempunyai perubahan. Oleh itu, anda boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau orang yang mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai matrikulasi. Goodluck! :)