Saturday, 28 May 2016

Pengalaman Belajar Di Matrikulasi

Assalamualaikum :)

Aku sebenarnya buat post ni sebab aku rindukan KMNS haha . Aku akan tulis la pengalaman aku dengan sedikit tips yang boleh digunakan untuk junior junior yang bakal masuk matrikulasi . Siapa dapat kmns angkat tangan ! haha . Aku percaya korang akan hidup dengan aman dan damai kat sana (walaupun peraturan macam sekolah)



Pembelajaran


Untuk matrikulasi spesifiknya untuk aliran sains ada tiga modul .


Modul 1 (Math,Kimia,Biologi,Fizik) 

Modul 2 (Math,Kimia,Fizik,Sains Komputer)
Modul 3 (Math,Kimia,Biologi,Sains Komputer)

Bagi aliran perakaunan pula,


Prinsip P
erakaunan,Ekonomi,Math,Pengurusan perniagaan



Aku budak Modul 1. Pemilihan Modul ni bedasarkan SPM kau . Kalau Fizik dengan Biologi kau gred B dan ke atas .. selalunya kau akan dapat Modul 1. Tapi jangan risau,waktu orientasi boleh tukar modul lain . Nak tukar ke akaun pun boleh .



Ada junior tanya aku apa kelebihan Modul 1 ea ?

Sebenarnya Modul 1 ni adalah untuk orang yang masih keliru nak ambik jurusan apa waktu kat universiti nanti . Budak Modul 1 ni sebenarnya anda adalah seorang yang mempunyai gred yang bagus waktu SPM . Sebab itu anda dapat modul 1 . Ini disebabkan korang terpaksa ambil subjek Fizik ngan Biologi sekali gus . Tak macam budak modul 2 dan 3. Peluang jurusan kat universiti pun tinggi . Anda masih berpeluang nak jadi engineer ataupun doktor. Tapi bedasarkan pengalaman aku,budak modul 1 ni la yang paling busy. Kalau nak dekat exam, korang la jadual yang terpack sekali. Budak akaun paling senang lenang la. Dua kali rehat setiap hari (nampak tak jeles aku hahaha)



Ok,kat sini jugak,jangan nak berangan la tiada kelas . Jadual kelas kat sini seakan seakan kat sekolah . Cuma tambah 2 jam lagi!! Hahahahaa .Setiap hari akan balik pukul 4 petang .  Mula mula memang tak biasa,last last korang akan terbiasa dan boleh adapt dengan jadual tersebut . Jangan risau.



Dan,kalau kau MEMANG tak suka Fizik atau Biologi . Korang tukar la modul 2 atau 3. Tapi,korang jangan ingat sains komputer tu senang ye semuaa..arasmate aku pun mengadu programming susah nak mampus haha ...Tapi kalau kau suka komputer dengan coding. Korang boleh skor punyalah. Aku nasihatkan jangan ikut kawan. Kawan nak tukar modul kau pun sama ikut . Kemampuan orang berbeza beza ok. Kalau kau tak boleh pergi ngan Bio ngan Fizik please change your module. Jangan nasi sudah menjadi bubur baru korang menyesal. Nak tukar dari sains ke akaun boleh...akaun ke sains tak boleh ye:)



Aku budak modul 1. Around 70 % of my classmates got 3.5 and above in PSPM 1 :). Siapa kata masuk modul 1 kau dapat pointer rendah ? It depends on yourself actually. Please focus in study. Tak perlu kisah pada benda lain. Bf ke Gf ke semua tu boleh campak kat laut dulu. 


Sekarang aku bagi detail untuk subjek aku belajar ye untuk guidance junior nak masuk nanti :)


Mathematics


Wahai junior junior sekalian,aku mintak la korang POWERKAN basic basic math dan addmath yang kamu semua belajar waktu SPM. Contohnya trigonometry,diffrentiation,integeration dan matrices. Semua itu penting ya ! Jujur aku cakap aku memang lemah mathematics . PSPM 1 aku spoil kat mathematics . Aku dapat B+. Sebanarnya nak dapat A tu senang, cuma bila korang tak power basic mathematics,soalan trick anda sikit dah terpegun kat dewan exam . HAHAHAHA . Tapi aku cuma berharap sesiapa yang lemah mathematics macam aku ni bersabar dan banyak buat latihan . Jawab past year question tu banyak banyak dan BERULANG ULANG kali . Biar anda ingat kaedahnya ok :). Doakan aku agar dapat A dalam kertas ni untuk semester 2 ni . Adoii...Cuak nak mampus hahahhaa. 

Biologi 

Subjek ni paling best masa aku belajar. Subjek ni ada yang kita dah belajar waktu SPM dan ada yang belum. Tips aku aku boleh bagi ialah, apabila kau belajar biologi, anda bukan kena setakat faham,anda kena HAFAL ayat tu. Jangan kata macam ni , "Aku faham doh cuma aku tak tahu la nak tulis apa". Jap,examiners tu kisah ke kalau kau faham  ? Tak kan ? Dia cuma nak jawapan yang betul. Ramai yang sekat dekat subjek ni sebab mereka faham,cuma nak tulis apa mereka tak tahu . Pada pendapat aku,korang hafal la sikit sikit . Bukan la hafal bulat bulat. Cuma KEY POINT tu mesti ada untuk dapat markah . Tapi serius,soalan exam dia untuk semester dua ni SUSAH NAK MAMPUS !!. Redo je la hahaha. Tapi subjek ni la yang paling aku minat dan aku boleh skor :)

Kimia 
Kalau kimia ni kita belajar dari basic. Bagi aku,subjek ini mudah dari mathematics. Untuk semester 1 korang akan belajar pasal Physical Chemistry (involve calculation) . Calculation untuk subjek ni simple je. Tak perlu risau . Ada formula . Cuma ada la juga kawan aku yang tersangkut kat subjek ni . Masalah dorang adalah dorang tak faham theori yang dorang belajar . Sebenarnya kalau kita faham basic dan theory,kalau soalan pusing pusing pun korang akan dapat jawab juga . Untuk subjek ni, DIWAJIBKAN untuk buat past year question . Seriously you guys,it is worth it to do it ! Gerenti A , Soalan selalunya berulang ulang . Bentuk soalan yang sama . Inshaallah you guys boleh skor untuk subjek ni ! Untuk semester 2 , korang akan belajar mendalam sikit pasal Organic Chemistry (alkenes ngan anak beranak dia tu ) . Ok je topik ni . Boleh skor punya :)



Fizik
Jujur aku cakap,aku ambil subjek ini sebab aku tak suka komputer lol. Ramai desas desus orang waktu aku nak ambil subjek ni . Fizik susah dohhhh. Aku tahu kenapa orang cakap begitu,sebab dorang ingat Fizik matrikulasi macam Fizik SPM . Sebenarnya,Fizik la antara subjek yang tersenang dan santai untuk belajar . Fizik kat sini boleh dikatakan lain dari Fizik SPM. Banyak pakai formula. Tugas korang adalah HAFAL FORMULA . Kalau korang hafal formula,50% dah ada kat tangan . Cuma 50% je lagi guna otak korang hahaha. Tips aku untuk subjek ni buat NOTES kecik dan tulis semua formula kat atas kertas tu . Bawa sentiasa . Aku jamin korang akan ingat formula tu . Formula memang banyak . Kalau korang nak menangis menangis la waktu tu . Janji korang hafal formula.

___________________________________________________
Classmates :)


My Boys ( 6 orang je , btw laki memang pupus kat matrik haha)




Best Friend kat matrik . Syahmi.Penting kau cari bestfriend kat sana untuk share masalah korang :) )



Goodluck untuk junior junior yang bakal memasuki alam matrikulasi . Matrikulasi ni agak sibuk la . Fokus study , Jangan ingat benda lain . Ingat mak ayah kat rumah ok ! :) . 



Dan,


Sila la jangan ambil kisah bila orang cakap  "MATRIKULASI NI NANTI KENA LELONG " .  Kau kena lelong sebab pointer kau rendah . KALAU KAU DAPAT 3.7 KE ATAS , MEMANG TAK LELONG LA COURSE KORANG DAPAT NANTI . Buktinya, kawan aku dapat 3.93,dapat je interview medic USM,kawan aku pointer 3.67,dapat je interview medic unisza.Aku,bukan 4flat pun semester 1 , dapat je interview farmasi USM ngan UITM :) . Kesimpulannya,jangan kisah apa orang kata ,niat masuk matrikulasi nak belajar kerana Allah dan cuba dapatkan pointer yang terbaik . Jangan terlalu involve dengan aktiviti di matrikulasi . Masuk sikit sikit ok la . Atleast markah koko tu ada . Sebab apa yang penting sekarang ni pointer korang tu . Sangat penting nak minta course yang korang idamkan nanti dekat IPTA :)


Doakan senior senior anda batch 2015/2016 agar dapat keputusan yang cemerlang dalam PSPM 2 . Result akan keluar 3.6.2016 . Seminggu lagi . Semoga anda akan merindui segala kenangan di matrikulasi , Raihlah dan hayatilahsegala pengalaman di situ kerana satu saat nanti anda akan merinduinya :)


Itu sahaja, Assalamualaikum:)





UPDATE (16/02/2020): 
Apa yang diperkatakan di atas adalah pengalaman saya pada tahun 2016. Pada tahun 2020 dan seterusnya, silibus dan subjek di Matrikulasi kemungkinan mempunyai perubahan. Oleh itu, anda boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau orang yang mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai matrikulasi. Goodluck! :)











60 comments:

  1. thankyouuuu so much!! ��

    ReplyDelete
  2. Asalamualaikum...nak minta tolong yg berpengalaman...resit yg saya beli pin matriks dkt bsn tu dah hilang.pejabat program matriks tu nk lagi ke resit tu?.lagi 1 boleh tak tolong senaraikan borang² & syarat keperluan yg dia minta utk masuk matriks(mohon berdasarkan apa yg abg bgi dulu)harab balas dgn segera.email saya nizamishak15@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...nak tanya di surat tawaran tiada modul pun.mcmna nak tahu modul apa.cuma tulis sains shj.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat pra pendaftaran.then kat situ akn dinyatakan dapat modul apa.

      Delete
    2. saya dah buat... tapi tak de pon dia tulis modul berapa
      kat situ cuma ada asrama dngn no bilik

      Delete
  4. assalam...anak saya bru Masuk matrix semalam..dan diberi modul 3, dia minat dr gigi.adakah boleh modul 3 menjadi seorang dr gigi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehh tak tadi msalah... Modul 3 ade peluang dentist .dector .farmacy

      Delete
    2. Betul. Modul 3 masih berpeluang untuk menjadi doktor gigi dan apa apa jurusan berkaitan kesihatan (medical imaging, nursing, dietitian, pharmacy dan sebagainya). Goodluck!

      Delete
    3. Modul 1 boleh sambung pergigian?

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kene banyak buat soalan past year..means soalan spm ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun soalan lama saya jawab la,

      Maksud saya di post ini adalah soalan past year di matrik. Nanti sesiapa yang dah memasuki matrikulasi nanti akan dibekalkan dengan past year setiap subjek. Buku tu amatlah penting untuk latihan.

      Delete
  7. Kene banyak buat soalan past year..means soalan spm ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. past year pspm lah awak 😂

      Delete
    2. Betul tu, past year untuk PSPM. Nanti anda akan dapat buku tu apabila anda masuk matrikulasi. Gunakan buku tu dengan sepenuhnya. Goodluck!

      Delete
  8. assalamualaikum, saya nak tanya memang pelajar lelaki yang amik modul 1 ni tak ramai kee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ratio lelaki dan perempuan memang nampak ketara. Anggaplah awak ni special sikit berbanding lelaki lain untuk mendapat tempat di matrikulasi ini. Haha. Goodluck!

      Delete
  9. Assalamualaikum... Sya nk tnya klau sya x ambik subjek bio dskolah masih akan ditawarkan ker modul satu Dan klau sya x ambik subjek sk masih jgak ker ditawarkan modul 2 Dan 3 sbb sya dpat tawran jurusan sains...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, awak kena ambil juga SPM aliran sains. Ini adalah basic requirement untuk awak masuk apa apa modul sekalipun di matrikulasi. Kalau awak tak ambil aliran sains dan masih mengambuk prisip perakauanan dan matematik tambahan, awak masih berpeluang untuk mendapat aliran perakauanan di matrikulasi. Goodluck!

      Delete
  10. Hello, for those yg nak tahu serba sedikit tentang matrik boleh refer blog thejiaalighterain.blogspot.com, insyaAllah boleh memberikan serba sedikit information.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum nak tanya, kalau yg ambik akaun instead of bio waktu spm, bila masuk matriks tak boleh ambik modul 1 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mmg xboleh..sbb xde basic

      Delete
    2. Betul cakap Hello. Tapi awak berpeluang lagi kalau awak ambil Physics and Chemistry untuk Modul 2 dan 3. Goodluck!

      Delete
  12. kalau result pspm 1 teruk, ada harpn ke utk dpt upu bagus klau result sem 2 dpt result tiptop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut CGPA(mean utk dua2 result)

      Delete
    2. Betul tu. Ikut CGPA. Masih ada peluang untuk naikkan pointer anda. Teruskan usaha dan berserah pada Tuhan. Goodluck!

      Delete
  13. Sya ada phy , chem , addmath , acc.ada peluang ke utk masuk jurusan sains..sya nk ambik pharmacy utk degree..modul apa yg sesuai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk masuk degree pharmacy, awak kena ada subjek biologi waktu SPM. Peluang untuk masuk ke jurusan sains masih ada (engineer or science computer). Goodluck!

      Delete
  14. Matriks cemerlang..dia still pandang SPM ke..kimia..especially UTK sambung medic..ada ke U yg x pandang SPM SGT??atau semua tu bergantung pd rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak masuk UiTM Fakulti Farmasi, dia ada juga requirement untuk subjek SPM (biologi, kimia and addmath) sekurang-kurangnya B. Jadi untuk Medic, saya tak berapa pasti. Tetapi jika subjek SPM anda B ke atas. Inshaallah tiada masalah untuk memasuki jurusan seperti Medic. Goodluck!

      Delete
    2. Kalau bio,chem,addmath sya C+ msih dpat pluang tak nak smbung jurusan medic kalau pointer sya 3.75 above masa matric tu?

      Delete
  15. berapa pointer utk lepas masuk bidang farmasi uitm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pointer minimum sekurangnya-kurangnya 3.75. Tapi make sure aim lagi tinggi sebab competition memang tinggi. Anyway Goodluck!

      Delete
  16. Bahasa inggeris saya dpt C,sy bimbang x boleh fhm sbb sy dpt tahu bljr di matrik dlm bhs inggeris..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup basically fully english but depends on lecture sbb ade setengah lecture ajar in malay btw goodluck🙌

      Delete
  17. mcm mne nk cari past years question maths especially?

    ReplyDelete
  18. Hi nak tanya , kalau dapat modul 2 or 3 but nak tukar modul 1 boleh tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je sbb nanti pihak matrik akan bagi peluang tuk pertukaran modul

      Delete
  19. doakan saya sebb sya dpt matrikulasi dlm jurusn sains..membantu sngt sebb sekurng2 saya dh didedhkan basic dhulu...

    ReplyDelete
  20. thanks sebb bagi saya pendedahan tentang matriks dlm jurusan sains ni so helpful

    ReplyDelete
  21. salam, saya ambil subjek bio,addm,chemis dan akaun msa spm without phy,tapi saya nak ambil medic nnt utk degree ,tapi rmai kata takda fizik spm takboleh sambung medic,kalau saya ambil modul 1 kat matriks boleh tak ambil medic nnt? sbb modul 1 ada fizik at least adala sikit pengetahuan soal fizik

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum...
    nak tanya kalau modul 2 ni..boleh jadi apa lps habis bljr? boleh smbung degree course engineering tak?
    saya byk search tapi tak dpt info..mohon klau boleh terangkan...terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Kalau dot jurusan sains tpi nk tukar ambik acc boleh ke?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum nk tanya klau amik dpt modul 3 berpeluang x utk amik course bio marin wktu degree nnti?

    ReplyDelete
  25. Exam kena jawab dalam bi ke?

    ReplyDelete
  26. Subjek fizik kimia biology & math matrikulasi sama sebijik macam spm atau berbeza ?

    ReplyDelete
  27. Hi... Kalau nak tukar modul kat matriks prosedur dia mcm mana yaa?

    ReplyDelete
  28. klau ambil modul 3 ad pluang x jadi doctor

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum, nak tanya. Kalau mase spm ambik Chem, Physics, Addmaths dgn Skomp.. berpeluang ke nak upgrade ke modul 1?

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum, nak tanya. Kalau masa SPM tak ambik fizik,kimia bio, tapi ambik prinsip akaun, ada peluang ke nak ambil jurusan kejuruteraan

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Saya student PDT KMNS 19/20 dan 20/21. Sekarang sem 4 nak habis dah dalam bulan 5 ni. Esok pagi result PSPM 1 keluar, doakan result saya okay untuk saya mohon jadi Radiologist. Terima kasih senior kongsi pengalaman awak di blog ni.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum..sy ni amik bio,kimia,fizik..tp sy minat bio je..kimia ngn fizik x bape minat..agak2 modul yg mane sy patut amik?

    ReplyDelete
  34. Assalamuaikum, saya nak tanya..kalau kimia and biology saya dapat B,addmath saya dapat C,fizik saya dapat C+, boleh ke saya dapat modul 1?

    ReplyDelete
  35. thank u brothaaa! doakan saya berjaya di matrikulasi nnti :)

    ReplyDelete
  36. Sye nk tanye yb mne lbih baik pogram dua semester atau pobram 4 semester
    ?

    ReplyDelete