Saturday, 21 May 2016

Pengalaman Temuduga Ijazah Sarjana Muda Farmasi Uitm

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya sudah habis bertemuduga. Yeayyyu. No more temuduga!

For your information, UiTM first time adakan temuduga untuk ijazah ni . Alhamdulillah nama dipanggil,jadi saya sahut cabaran!

Pagi pagi tu baru la rasa debarnyakan.Bila dah sampai kat kampus Puncak Alam aku kagum kejap hahahah . Tak sangka besar jugak ye kampus tu . Fakulti farmasi dorang pun lawa! Tandas pun lawa! Haha


First aku ngan candidate yang lain masuk dk10 untuk berkumpul. Dorang aka lecturer kat situ bagi la sedikit taklimat untuk kita.


Temuduga ni ada 6 stesen . 4 stesen interview dan 2 stesen rehat . 6 orang akan masuk pada setiap circuit (maksudnya 6 orang untuk satu circuit). Ni bukan group iv,ianya hanyalah untuk cepatkan masa . Maksudnya sorang akan berada di satu stesen pada setiap masa . Jangan risau,2 minit diberikan sebelum kita jawab soalan kesemua stesen tersebut hihi

Dorang akan test pada 4 aspek(1 stesen untuk satu aspek) : scale markah dorang 1-7


Communication skills
Haa yang ni korang kena speaking english . Wajibunghunnah haha . Tapi soalan dia tak la susah mana . Aku dapat soalan "What are the qualities that pharmacist should have?". Ok je kan soalan dia . Tak payah nak gelabah sangat . Dia cuma nak test macam mana korang deliver maklumat korang je . Asalkan isi korang ok . Korang mesti boleh skor punya

Ethics/Adab
Yang ni pun senang sahaja . Dorang cuma nak tengok apa tindakan korang kalau ada masalah sosial di sekitar korang . Aku dapat soalan "Anda melihat sorang mamat tengah hisap rokok disebelah perempuan mengandung,apa tindakan anda?". Ingat,jangan berat sebelah tau,jangan salahkan perokok je . Korang kena bagi both side ok . Atleast bagila alternative lain untuk perokok tu nak hisap rokok dia . Hahaa . Kena fokus. Itu penting k ;)


Minat

Yang ni serius korang kena buat sedikit research mengenai pharmacist . Apa dorang buat,kat mana dorang kerja. Sebab aoalan interviewer semua pasal pharmacist untuk stesen ni. Buat research ok ! Maka anda tidak tergagap dan ada isi untuk jawab persoalan mereka. Sebab stesen ni memerlukan fakta . Dan soalan famous , apa beza doktor ngan pharmacist? Di mana pharmacist bekerja? Kenapa tak nak jadi doktor? Confident ok ! Jawab dengan tenang dan isi mesti relevan.


Critical Thinking

Stesen ni memang kena lebihkan fokus. Soalan KBAT gitu. Kita tak boleh expect soalan apa . Tapi takdela mengenai isu isu am ke undang undang negara ke. Cuma kita kena bagi solusi untuk soalan tu . Soalan dia panjang . Make sure baca betul2. Aku dapat interviewer yang baik waktu stesen ni ..jadi dia banyak tanya aku so aku dapat la mantapkan lagi isi aku ;)



Overall,aku rasa interview ini cuma perlukan fokus 100%. Waktu ni tak payah pikir benda lain . Kalau nervous,jangan risau iv tu ada stesen rehat(2 stesen). Kat situ korang kena pakai headphone . Ada gula2 kot kat situ . Silalah makan ye hahahaha . Cuba hilangkan nervous waktu dengar lagu tu ye.

Itu je la pengalaman aku waktu iv ni. Aku tak tahu la kalau tahun depan berubah pulak . Maybe tak kot. Sebab sistem ni baru lagi kan. All the best sapa sapa yang bakal ambik iv ni ! Haha. Maksud aku budak tahun depan la kan hihi ;)





5 comments:

  1. Hi tahniah junior! Woahhh hebat lah korang. Iv sorang sorang siap berstesen stesen lagi hm. Nasib baik akak dah pass haha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. salam. saya nak tanya. biasanya berapa minit eh untuk setiap stesen tu? saya bakal menduduki temuduga untu course farmasi ni nanti:)

    ReplyDelete
  4. salam. saya nak tanya. biasanya berapa minit eh untuk setiap stesen tu? saya bakal menduduki temuduga untu course farmasi ni nanti:)

    ReplyDelete
  5. Assalam . saya nak tanya , yg stesen untuk ethics , minat & critical thinking tu fully english ke? atau untuk communication skills sahaja yg fully english ?

    ReplyDelete