Saturday, 28 May 2016

Pengalaman Belajar Di Matrikulasi

Assalamualaikum :)

Aku sebenarnya buat post ni sebab aku rindukan KMNS haha . Aku akan tulis la pengalaman aku dengan sedikit tips yang boleh digunakan untuk junior junior yang bakal masuk matrikulasi . Siapa dapat kmns angkat tangan ! haha . Aku percaya korang akan hidup dengan aman dan damai kat sana (walaupun peraturan macam sekolah)



Pembelajaran


Untuk matrikulasi spesifiknya untuk aliran sains ada tiga modul .


Modul 1 (Math,Kimia,Biologi,Fizik) 

Modul 2 (Math,Kimia,Fizik,Sains Komputer)
Modul 3 (Math,Kimia,Biologi,Sains Komputer)

Bagi aliran perakaunan pula,


Prinsip P
erakaunan,Ekonomi,Math,Pengurusan perniagaan



Aku budak Modul 1. Pemilihan Modul ni bedasarkan SPM kau . Kalau Fizik dengan Biologi kau gred B dan ke atas .. selalunya kau akan dapat Modul 1. Tapi jangan risau,waktu orientasi boleh tukar modul lain . Nak tukar ke akaun pun boleh .



Ada junior tanya aku apa kelebihan Modul 1 ea ?

Sebenarnya Modul 1 ni adalah untuk orang yang masih keliru nak ambik jurusan apa waktu kat universiti nanti . Budak Modul 1 ni sebenarnya anda adalah seorang yang mempunyai gred yang bagus waktu SPM . Sebab itu anda dapat modul 1 . Ini disebabkan korang terpaksa ambil subjek Fizik ngan Biologi sekali gus . Tak macam budak modul 2 dan 3. Peluang jurusan kat universiti pun tinggi . Anda masih berpeluang nak jadi engineer ataupun doktor. Tapi bedasarkan pengalaman aku,budak modul 1 ni la yang paling busy. Kalau nak dekat exam, korang la jadual yang terpack sekali. Budak akaun paling senang lenang la. Dua kali rehat setiap hari (nampak tak jeles aku hahaha)



Ok,kat sini jugak,jangan nak berangan la tiada kelas . Jadual kelas kat sini seakan seakan kat sekolah . Cuma tambah 2 jam lagi!! Hahahahaa .Setiap hari akan balik pukul 4 petang .  Mula mula memang tak biasa,last last korang akan terbiasa dan boleh adapt dengan jadual tersebut . Jangan risau.



Dan,kalau kau MEMANG tak suka Fizik atau Biologi . Korang tukar la modul 2 atau 3. Tapi,korang jangan ingat sains komputer tu senang ye semuaa..arasmate aku pun mengadu programming susah nak mampus haha ...Tapi kalau kau suka komputer dengan coding. Korang boleh skor punyalah. Aku nasihatkan jangan ikut kawan. Kawan nak tukar modul kau pun sama ikut . Kemampuan orang berbeza beza ok. Kalau kau tak boleh pergi ngan Bio ngan Fizik please change your module. Jangan nasi sudah menjadi bubur baru korang menyesal. Nak tukar dari sains ke akaun boleh...akaun ke sains tak boleh ye:)



Aku budak modul 1. Around 70 % of my classmates got 3.5 and above in PSPM 1 :). Siapa kata masuk modul 1 kau dapat pointer rendah ? It depends on yourself actually. Please focus in study. Tak perlu kisah pada benda lain. Bf ke Gf ke semua tu boleh campak kat laut dulu. 


Sekarang aku bagi detail untuk subjek aku belajar ye untuk guidance junior nak masuk nanti :)


Mathematics


Wahai junior junior sekalian,aku mintak la korang POWERKAN basic basic math dan addmath yang kamu semua belajar waktu SPM. Contohnya trigonometry,diffrentiation,integeration dan matrices. Semua itu penting ya ! Jujur aku cakap aku memang lemah mathematics . PSPM 1 aku spoil kat mathematics . Aku dapat B+. Sebanarnya nak dapat A tu senang, cuma bila korang tak power basic mathematics,soalan trick anda sikit dah terpegun kat dewan exam . HAHAHAHA . Tapi aku cuma berharap sesiapa yang lemah mathematics macam aku ni bersabar dan banyak buat latihan . Jawab past year question tu banyak banyak dan BERULANG ULANG kali . Biar anda ingat kaedahnya ok :). Doakan aku agar dapat A dalam kertas ni untuk semester 2 ni . Adoii...Cuak nak mampus hahahhaa. 

Biologi 

Subjek ni paling best masa aku belajar. Subjek ni ada yang kita dah belajar waktu SPM dan ada yang belum. Tips aku aku boleh bagi ialah, apabila kau belajar biologi, anda bukan kena setakat faham,anda kena HAFAL ayat tu. Jangan kata macam ni , "Aku faham doh cuma aku tak tahu la nak tulis apa". Jap,examiners tu kisah ke kalau kau faham  ? Tak kan ? Dia cuma nak jawapan yang betul. Ramai yang sekat dekat subjek ni sebab mereka faham,cuma nak tulis apa mereka tak tahu . Pada pendapat aku,korang hafal la sikit sikit . Bukan la hafal bulat bulat. Cuma KEY POINT tu mesti ada untuk dapat markah . Tapi serius,soalan exam dia untuk semester dua ni SUSAH NAK MAMPUS !!. Redo je la hahaha. Tapi subjek ni la yang paling aku minat dan aku boleh skor :)

Kimia 
Kalau kimia ni kita belajar dari basic. Bagi aku,subjek ini mudah dari mathematics. Untuk semester 1 korang akan belajar pasal Physical Chemistry (involve calculation) . Calculation untuk subjek ni simple je. Tak perlu risau . Ada formula . Cuma ada la juga kawan aku yang tersangkut kat subjek ni . Masalah dorang adalah dorang tak faham theori yang dorang belajar . Sebenarnya kalau kita faham basic dan theory,kalau soalan pusing pusing pun korang akan dapat jawab juga . Untuk subjek ni, DIWAJIBKAN untuk buat past year question . Seriously you guys,it is worth it to do it ! Gerenti A , Soalan selalunya berulang ulang . Bentuk soalan yang sama . Inshaallah you guys boleh skor untuk subjek ni ! Untuk semester 2 , korang akan belajar mendalam sikit pasal Organic Chemistry (alkenes ngan anak beranak dia tu ) . Ok je topik ni . Boleh skor punya :)



Fizik
Jujur aku cakap,aku ambil subjek ini sebab aku tak suka komputer lol. Ramai desas desus orang waktu aku nak ambil subjek ni . Fizik susah dohhhh. Aku tahu kenapa orang cakap begitu,sebab dorang ingat Fizik matrikulasi macam Fizik SPM . Sebenarnya,Fizik la antara subjek yang tersenang dan santai untuk belajar . Fizik kat sini boleh dikatakan lain dari Fizik SPM. Banyak pakai formula. Tugas korang adalah HAFAL FORMULA . Kalau korang hafal formula,50% dah ada kat tangan . Cuma 50% je lagi guna otak korang hahaha. Tips aku untuk subjek ni buat NOTES kecik dan tulis semua formula kat atas kertas tu . Bawa sentiasa . Aku jamin korang akan ingat formula tu . Formula memang banyak . Kalau korang nak menangis menangis la waktu tu . Janji korang hafal formula.

___________________________________________________
Classmates :)


My Boys ( 6 orang je , btw laki memang pupus kat matrik haha)




Best Friend kat matrik . Syahmi.Penting kau cari bestfriend kat sana untuk share masalah korang :) )



Goodluck untuk junior junior yang bakal memasuki alam matrikulasi . Matrikulasi ni agak sibuk la . Fokus study , Jangan ingat benda lain . Ingat mak ayah kat rumah ok ! :) . 



Dan,


Sila la jangan ambil kisah bila orang cakap  "MATRIKULASI NI NANTI KENA LELONG " .  Kau kena lelong sebab pointer kau rendah . KALAU KAU DAPAT 3.7 KE ATAS , MEMANG TAK LELONG LA COURSE KORANG DAPAT NANTI . Buktinya, kawan aku dapat 3.93,dapat je interview medic USM,kawan aku pointer 3.67,dapat je interview medic unisza.Aku,bukan 4flat pun semester 1 , dapat je interview farmasi USM ngan UITM :) . Kesimpulannya,jangan kisah apa orang kata ,niat masuk matrikulasi nak belajar kerana Allah dan cuba dapatkan pointer yang terbaik . Jangan terlalu involve dengan aktiviti di matrikulasi . Masuk sikit sikit ok la . Atleast markah koko tu ada . Sebab apa yang penting sekarang ni pointer korang tu . Sangat penting nak minta course yang korang idamkan nanti dekat IPTA :)


Doakan senior senior anda batch 2015/2016 agar dapat keputusan yang cemerlang dalam PSPM 2 . Result akan keluar 3.6.2016 . Seminggu lagi . Semoga anda akan merindui segala kenangan di matrikulasi , Raihlah dan hayatilahsegala pengalaman di situ kerana satu saat nanti anda akan merinduinya :)


Itu sahaja, Assalamualaikum:)





UPDATE (16/02/2020): 
Apa yang diperkatakan di atas adalah pengalaman saya pada tahun 2016. Pada tahun 2020 dan seterusnya, silibus dan subjek di Matrikulasi kemungkinan mempunyai perubahan. Oleh itu, anda boleh merujuk kepada kaunselor sekolah atau orang yang mempunyai pengetahuan yang lengkap mengenai matrikulasi. Goodluck! :)











Saturday, 21 May 2016

Pengalaman Temuduga Ijazah Sarjana Muda Farmasi Uitm

Assalamualaikum. Alhamdulillah saya sudah habis bertemuduga. Yeayyyu. No more temuduga!

For your information, UiTM first time adakan temuduga untuk ijazah ni . Alhamdulillah nama dipanggil,jadi saya sahut cabaran!

Pagi pagi tu baru la rasa debarnyakan.Bila dah sampai kat kampus Puncak Alam aku kagum kejap hahahah . Tak sangka besar jugak ye kampus tu . Fakulti farmasi dorang pun lawa! Tandas pun lawa! Haha


First aku ngan candidate yang lain masuk dk10 untuk berkumpul. Dorang aka lecturer kat situ bagi la sedikit taklimat untuk kita.


Temuduga ni ada 6 stesen . 4 stesen interview dan 2 stesen rehat . 6 orang akan masuk pada setiap circuit (maksudnya 6 orang untuk satu circuit). Ni bukan group iv,ianya hanyalah untuk cepatkan masa . Maksudnya sorang akan berada di satu stesen pada setiap masa . Jangan risau,2 minit diberikan sebelum kita jawab soalan kesemua stesen tersebut hihi

Dorang akan test pada 4 aspek(1 stesen untuk satu aspek) : scale markah dorang 1-7


Communication skills
Haa yang ni korang kena speaking english . Wajibunghunnah haha . Tapi soalan dia tak la susah mana . Aku dapat soalan "What are the qualities that pharmacist should have?". Ok je kan soalan dia . Tak payah nak gelabah sangat . Dia cuma nak test macam mana korang deliver maklumat korang je . Asalkan isi korang ok . Korang mesti boleh skor punya

Ethics/Adab
Yang ni pun senang sahaja . Dorang cuma nak tengok apa tindakan korang kalau ada masalah sosial di sekitar korang . Aku dapat soalan "Anda melihat sorang mamat tengah hisap rokok disebelah perempuan mengandung,apa tindakan anda?". Ingat,jangan berat sebelah tau,jangan salahkan perokok je . Korang kena bagi both side ok . Atleast bagila alternative lain untuk perokok tu nak hisap rokok dia . Hahaa . Kena fokus. Itu penting k ;)


Minat

Yang ni serius korang kena buat sedikit research mengenai pharmacist . Apa dorang buat,kat mana dorang kerja. Sebab aoalan interviewer semua pasal pharmacist untuk stesen ni. Buat research ok ! Maka anda tidak tergagap dan ada isi untuk jawab persoalan mereka. Sebab stesen ni memerlukan fakta . Dan soalan famous , apa beza doktor ngan pharmacist? Di mana pharmacist bekerja? Kenapa tak nak jadi doktor? Confident ok ! Jawab dengan tenang dan isi mesti relevan.


Critical Thinking

Stesen ni memang kena lebihkan fokus. Soalan KBAT gitu. Kita tak boleh expect soalan apa . Tapi takdela mengenai isu isu am ke undang undang negara ke. Cuma kita kena bagi solusi untuk soalan tu . Soalan dia panjang . Make sure baca betul2. Aku dapat interviewer yang baik waktu stesen ni ..jadi dia banyak tanya aku so aku dapat la mantapkan lagi isi aku ;)



Overall,aku rasa interview ini cuma perlukan fokus 100%. Waktu ni tak payah pikir benda lain . Kalau nervous,jangan risau iv tu ada stesen rehat(2 stesen). Kat situ korang kena pakai headphone . Ada gula2 kot kat situ . Silalah makan ye hahahaha . Cuba hilangkan nervous waktu dengar lagu tu ye.

Itu je la pengalaman aku waktu iv ni. Aku tak tahu la kalau tahun depan berubah pulak . Maybe tak kot. Sebab sistem ni baru lagi kan. All the best sapa sapa yang bakal ambik iv ni ! Haha. Maksud aku budak tahun depan la kan hihi ;)





Wednesday, 4 May 2016

Preparation

WHATTT?!! Its been a long time I write something for this blog . Hai guys !

Sebenarnya aku dah habis menjalani program matrikulasi selama setahun ..Alhamdulillah..Its holiday yeay!

Sekarang aku berdebar debar untuk prepare for the terrifying yet exciting interview for pharmacy course in USM . Doakan aku guys . 

The reason I choose pharmacy?

First mesti sebab minat yang mendalam untuk mempelajari course ini . Jujurnya aku memang minat untuk kaji ubat ubatan , permulaannya apabila aku selalu kena pegi hospital dan ahli farmasi beri ubat. Serius inspired gila tengok dorang 
 Nak jadi macam dorang one day . Aminn.Kerjaya farmasi ini luas . Pasaran tinggi . All my teachers encourage me to do well in this interview . Wow, the pressure is high up ! 

10 hari bulan ni guysss . Doakan :)