Assalamualaikum semua,
Wow dah 2020!
Life Update:
Masih pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM Puncak Alam dan akan menamatkan pengajian pada September tahun ini. Jadi untuk mempermudahkan apa yang aku nak huraikan, aku akan menjawabkan beberapa persoalan dibawah:
1) Susah tak jadi pelajar Farmasi?
Susah. Itu jawapan jujur, Menuntut ilmu memang sukar tetapi kita kena ingat apa tujuan kita menuntut ilmu dan dari situ kita boleh ikhlaskan diri. Sepanjang aku belajar jurusan ni, banyak je perasaan hendak berhenti. Cuma, aku cuba cari semangat dari keluarga dan kawan rapat.
Farmasi ini selalu dikatakan belajar pasal ubat. Statement itu betul tetapi bukan menyeluruh mendefinisikan jurusan ini. Pelajar jurusan farmasi juga belajar mengenai basic pathologi, microbiologi, fisiologi, pengurusan perniagaan dan pelbagai lagi. Jadi, sebelum belajar lagi dalam pasal ubat, kita kena tahu mengenai semua ini dulu. Semua berkait sesama sendiri.
2) Bagaimana nak masuk jurusan Farmasi UiTM?
Melalui dua cara:
Cara 1
SPM (aliran sains tulen/sains agama) → Matrikulasi (Sains)/ Asasi sains UiTM/UM → Ijazah Famasi UiTM
Cara ni lagi pantas, lepas SPM, masuk Matrikulasi atau Asasi Sains. Asasi Sains yang diterima di UiTM ialah UiTM dan UM sahaja. Untuk Asasi UIA, mereka akan terus diserap ke ijazah UIA. Requirement untuk dapat tawaran matrikulasi dan asasi sains sangatlah mengikut perubahan semasa. Pada masa saya (2016), ada sahaja kawan yang dapat memperoleh 4A tapi layak untuk masuk matrikulasi. Untuk Asasi, sudah tentu persaingan lagi tinggi. 7A ke atas berkemungkinan untuk dapat. Pemerhatian saya, kawan kawan saya semua mempunyai sekurang-kurangnya B untuk subjek sains (biologi, kimia, fizik) untuk mendapat tawaran Asasi Sains. 4 tahun sudah berlalu, jadi kemungkinan syarat kelayakan sudah berubah.
Cara 2
SPM (aliran sains tulen/sains agama) → Diploma Farmasi UiTM → Ijazah Famasi UiTM
Ini pilihan kedua. Anda boleh memasuki diploma farmasi UiTM dahulu dan terus memasuki Ijazah Farmasi. Beza dua cara ini cara 2 memakan masa lebih lama, diploma (2 tahun setengah). Jadi kemungkinan anda akan lebih tua bila anda masuk Ijazah nanti (ehek gurau). Selalu je bergurau dengan kawan dari diploma pasal umur haha.
3) Peluang pekerjaan selepas belajar bagaimana?
Peluang pekerjaan untuk graduan Farmasi boleh dikatakan luas dan bukan saja terikat kepada hospital. Sektor industri dan retail juga memerlukan Pharmacist atau Pengawai Farmasi untuk hal-hal berkaitan ubatan. Sepanjang saya belajar, saya juga didedahkan dengan peluang untuk menjadi Pengawai Farmasi melalui industry attachment dan retail attachment.
![]() |
| Gambar di IKOP, Kuantan untuk industrial attachment. Besama supervisor production, Br Zubair. |
![]() |
| Di tempat persalinan production plant, nak buat kenangan. |
One thing, industrial attachment buatkan aku mengetahui bahawa ada kerjaya lain selain pengawai farmasi di hospital. Graduan farmasi boleh menceburi industri farmaseutikal dalam kerjaya sebagai production executive, regulatory affairs, quality assurance executive. Sangat menarik.
![]() |
| Community attachment bersama akak Serra dan Haifa. |
Untuk community attachment, aku attach di satu pharmacy berdekatan rumah aku selama sebulan. Dari situ aku belajar sedikit mengenai cara menguruskan farmasi dan paling penting- CUSTOMER SERVICE! hahaha. Bagi aku, aku tidak meminati sangat untuk bekerja sebagai pengawai farmasi di retail. Bukan disebabkan gaji, cuma skop kerja yang berat kerana menjadi "first line" apabila pesakit datang ke farmasi. Maknanya, ilmu farmasi anda kena tinggi dan anda perlulah mengimbangkan etika anda sebagai pengawai farmasi dan tidak menjual dan menipu pelanggan untuk tujuan keuntungan. Itu tanggungjawab yang tersangatlah besar untuk dipikul.
Hospital attachment- Semester ini aku akan pergi ke hospital kerajaan. Nanti rajin aku akan update.
Secara realiti, situasi amat sukar untuk kerjaya Pengawai Farmasi di hospital. Boleh dikatakan aku dan kawan kawan sangat risau mengenai placement PRP (Pengawai Farmasi Provisonal) di Hospital awam. PRP ini WAJIB dilakukan sekurang-kurangnya setahun untuk mendapatkan lesen untuk mengamalkan farmasi. Jawatan Pengawai Farmasi UF41 adalah secara kontrak. Maknanya jawatan tersebut bukanlah tetap. Pada 2020, kami dikejutkan lagi dengan pemberitahuan bahawa perlantikan baru tidak mendapat elaun kritikal (RM 750) sekaligus menolak gaji bersih Pengawai Farmasi yang akan dilantik (batch aku la tu). Jadi, ini memang menimbulkan kerisauan kepada kami. Semangat makin pudar tetapi apapun kena cuba tamatkan pengajian.
Kalau anda semua ada apa persoalan untuk Jurusan Farmasi UiTM atau apa-apa soalan yang berkaitan, jangan malu nak tanya aku cuba untuk balas secepat mungkin. Terima kasih!
You can reach me by email hisyamazrul97@gmail.com or ig @syamroro


